Semakan Online Keputusan SPM Bulan 14 Mac 2019

Sukacita dimaklumkan keputusan SPM bagi ambilan tahun 2018 akan diumum pada bulan 14 Mac 2019. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, keputusan SPM bagi calon 2018 akan keluar pada  bulan Mac 2018. Semakan keputusan SPM adalah seperti berikut:


Tarikh Semakan Keputusan SPM 2018


Tarikh Semakan Dibuka
14 Mac 2019 (Jam 10:00 AM)
Klik Semakan: Aplikasi Semakan Online SPM


Semakan keputusan SPM secara online ini bukan sahaja memudahkan pihak sekolah malah memudahkan pihak pelajar itu sendiri. Oleh itu, calon SPM yang telah menduduki peperiksaan pada 2018 boleh menyemak keputusan mereka dalam talian online dengan cara ini:

KLIK:


semakan keputusan spm

Kemudian masukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran anda. Pastikan angka giliran anda diisi dengan tepat. Angka giliran boleh dirujuk di slip peperiksaan semasa SPM. Sekiranya slip tersebut hilang, anda boleh dapatkan semula di pejabat AM sekolah masing-masing.

Cara Membuat Semakan Keputusan SPM Selain Online

Selain semakan keputusan SPM secara online, terdapat dua lagi cara yang pelajar boleh gunakan untuk membuat semakan keputusan SPM iaitu melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan melalui kaunter di sekolah masing-masing.

semakan keputusan spm
  • Taip SPM>jarak<nombor kad pengenalan>jarak<angka giliran kemudian hantar ke 15888. Setiap SMS akan di caj sebanyak 20 sen sahaja.
  • Sekiranya ingin lebih selamat dan kepastian, pelajar boleh hadir sahaja ke kaunter pejabat am di sekolah masing-masing untuk mendapatkan slip keputusan SPM. Pelajar hanya perlu berikan nama, nombor kad pengenalan dan angka giliran, kemudian tanda tangan ke senarai penerimaan slip.
Pelajar yang hadir ke sekolah dikehendaki memakai seragam sekolah atau pakai yang bersesuaian.
Bagi para pelajar yang ingin membuat permohonan ke peringkat pendidikan seterusnya, pelajar boleh membuat permohonan-permohonan kemasukan yang telah dibuka sejurus keputusan SPM keluar.
Senarai Permohonan Yang Telah Dibuka:
  1. Permohonan Ke Institut Pendidikan Guru (IPG)
  2. Permohonan Matrikulasi KPM Seluruh Negara
Para pelajar yang membuat permohonan secara online dikehendaki memberikan maklumat yang betul mengikut dokumen masing-masing.
Kegagalan pelajar memberikan maklumat dalam sistem aplikasi online boleh menyebabkan permohonan ditolak.

0 comment... add one now