Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Sesi 2018

Kementerian Pendidikan Malaysia. Borang Online Permohonan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Sesi Kemasukan 2018. Cara mengisi borang. Syarat Kemasukan SBP.


Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan Sekolah Berasrama Penuh bagi sesi kemasukan Januari 2018 kini dibuka. Berikut adalah butiran yang kami sediakan sebagai panduan permohonan.

Dinasihatkan agar proses membuat permohonan online ini ditemani oleh ibu bapa atau penjaga pelajar.

Syarat Umum Kemasukan SBP 2018

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia
  2. Bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) bagi pemohon tingkatan 1 dan bersekolah di Sekolah Kerajaan (SMK) atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan bagi pemohon tingkatan 4 SBP.
  3. Melepasi syarat Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) bagi pemohon tingkatan 1. Ujian ini adalah berkaitan rekod disiplin, kegiatan kokurikulum dan sebagainya.
  4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum bagi pemohon tingkatan 4.
  5. Bagi pemohon tingkatan 1, keputusan sekurang-kurangnya cemerlang dalam UPSR. Manakalah pemohon tingkatan 4, keputusan sekurang-kurangnya cemerlang dalam PT3 atau PBS dengan memperoleh 6A dan C bagi mata pelajaran yang lain.
  6. Permohonan boleh dibuat walaupun keputusan peperiksaan belum diumumkan.
Borang Online SBP 2018

Butiran Permohonan SBP Tingkatan 1

Tarikh Permohonan Dibuka: 16 Oktober 2017
Tarikh Permohonan Ditutup: 19 November 2017


Butiran Permohonan SBP Tingkatan 4

Tarikh Permohonan Dibuka: 13 November 2017
Tarikh Permohonan Ditutup: 24 Disember 2017

"pautan borang online akan diletakkan apabila permohonan telah dibuka"
BERKAIATAN:


0 comment... add one now