Cara Semak Keputusan UPSR 2017 Online Dan SMS

Melalui Lembaga Peperiksaan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. Keputusan UPSR 2017 akan diumumkan pada bulan November ini. Ibu bapa dan penjaga boleh membuat semakan pada tarikh dan masa ketetapan berikut.

cara semak keputusan upsr


Tarikh Keputusan UPSR Diumumkan

-23 November 2017 (Khamis)

Tarikh Semakan Ditutup

-29 November 2017 (Rabu)

Cara Membuat Semakan Keputusan UPSR 2017

Melalui Online
-Semakan melalui talian online akan disertakan sekiranya ada pautan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia

Melalui SMS
-Taip UPSR<jarak>ANGKA GILIRAN kemudian hantar ke 15888
-Semakan melalui SMS akan dibuka bermula Jam10:00 pagi pada tarikh keputusan UPSR diumumkan

Melalui Sekolah
-Slip keputusan UPSR boleh diambil terus di sekolah masing-masing bermula Jam10:00 pagi pada tarikh keputusan diumumkan. Pelajar dikehendaki berpakaian sekolah lengkap semasa mengambil slip keputusan UPSR.

Sejurus mengetahui keputusan UPSR, pelajar dan ibubapa bolehlah membuat pendaftaran atau kemaskini permohonan seperti berikut:

>>Permohonan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1

>>Permohonan MRSM Tingkatan 1

1 comment... add one now

lokman amirul lokman amirul 23/11/17
Tahniah kepada adik2 upsr...